Monday, 23 April 2012

CINTA DAN AIRMATA

''Cinta dan air mata'' 


Sukarnya untuk kumengerti 


Gelora membakar menguris jiwa 


Disaat rindu membara dinyawa 


Cinta apakah ini? 


Melemaskan aku dengan air mata

Menyebakkan dadaku penuh siksa
Dan derita

Oh tuhan

Hapuskan air mataku

Bersama hamparan cinta yang kurasa

Hapuskan

Desiran rindu yang hebat melanda

Kerana aku tak mahu ternoda

Oleh rasa derita yang kurasa

Oh tuhan

Lepaskan aku dari sangkar cinta

Jauhkan aku dari lemas
Oleh titis air mata

Hentikan semuanya

Suratan atau kebetulan yang telah datang melanda

Biar aku tidak gentar
Hidup dalam badai asmara

Biar aku sendiri

Andai itu yang termulia
Untukku
~~~~ ♥ ♥ ♥ ~~~~
23/2/12  ~~2.48am ~~Jiwaku Rita~~

SEPERTI BARU SMLM BERPISAH

~~Seperti baru semalam kita berpisah~~

Seperti baru semalam kita berpisah..
Seperti baru semalam masih ada cerita indah..
Tak terasa waktu berganti arah..
Tak kuduga semua telah berubah..

Masih lagi terdengar suara manjamu ditelingaku..
Masih lagi mekar kenangan bersamamu..
Masih lagi tersimpan dirimu dihatiku..
Semua tentangmu masih lagi terbayang menggoda lamunanku..

Aku menyesal telah mengikuti keegoanku..
Sehingga katamu kumasukkan ditelinga kananku..
Dan kubuang jauh dari telinga kiriku..
Aku menyesal mengapa tak menuruti keinginanmu saat itu..

Sungguh aku menyesal menyanggupi perpisahan darimu..
Sekarang penyesalanku tak bermakna,kau sudah pergi dariku..
Andaikan saja waktu dapat kutakluk dan tunduk padaku..
Akan ku akur dgn segala kata dan pintamu..

OH TUHAN..
Apakah permintaan ku ini satu kemuskilan bagimu..
Jika sekiranya kuminta dia kau kembalikan padaku..
Apakah mungkin keajaiban datang padaku dari kekuasaanMU..
Jikalau doaku memohon KAU berikan dia sebagai jodoh hidup dan matiku..

♥ JiwakuRita ♥ 2.45am~~23/02/12

KENALI HATI SEORANG WANITA

【ツ】Kenali Hati Seorang Wanita 【ツ】

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung
dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA...
♥ ^____^ ♥

SAATKU TERJAGA

SAATKU TERJAGA...

ku terjaga dari lena
ingin ku membisikkan padamu
seindah bicara kasihku
agar kau tahu
aku insan yang sentiasa
dihatimu..dilenamu..dijagamu
bertanpa halusnya kasihku padamu

ku tahu kau terlalu sayang padaku
seperti kau ucapkan..
oleh itu jagalah hatiku
jaga lah jiwaku
jagalah bicara mu
kerna aku selalu menjaga
bicara ku..
aku takut jiwamu terguris

aku insan biasa
punya hati dan jiwa
namun ku harus tahu
batasan nya..
terima kasih
atas kasih sayangmu.
.

BILA RINDU

~~BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU~~


Bila rindu..
akan kusebut namamu..
membuat ubat kerinduan ku itu..
kerana sayang di hatiku..
ikatan sillaturrahim kemesraan terjalin..
jagalah hati dirimu itu..
indahkan juga keperibadianmu..
semakin sayang di hatiku..
engkau kekasih hati ku rindu..
siang dan malam kuingat dirimu..
tidak pernah terputus kecintaan di hatiku..
tetap kusayang kasih padamu..
kerana rindu sering hadir di hatiku..
merasa kemesraan kecintaan di hatiku..
keindahan hati merasai cinta rindumu itu..
begitu indah bila dirindu..
kerana kuingat kaulah sijantung hati ku itu..
jagailah hati dirimu itu..
sebagaimana kau kasih akan diriku..

begitulah kukasih dan sayang padamu..
teramat sayang cinta di hatiku...

~~JiwakuRita~~24/2/12 ~~8.47am..

ASSALAMMUALAIKUM..

....Assalammualaikum....

....10 Kunci Persahabatan.....

♥ Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

♥ Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

♥ Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

♥ Hargai pendapat satu sama lain.

♥ Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

♥ Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

♥ Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

♥ Belajar daripada satu sama lain.

♥ Jangan mengata di belakang kawan anda.

♥ Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

SEBUAH CINTA

Jika ia sebuah CINTA
dia tak hanya MENDENGAR
melainkan sentiasa BERGETAR....
... 
jika ia sebuah CINTA
dia tak mungkin BUTA
melainkan sentiasa MELIHAT dan MERASAKAN apa yang kita rasakan....

jika ia sebuah CINTA
dia tak akan membuat kita SEDIH
melainkan sentiasa akan membuat kita BAHAGIA...

jika ia sebuah CINTA
dia tak hanya BERUCAP
melainkan sentiasa TULUS dari dalam HATI...

jika ia sebuah CINTA
dia hadir bukan kerana PERMINTAAN...
melainkan HADIR kerana KETENTUAN dan KATA HATI lah yang MENGHANTARNYA...

jika ia sebuah CINTA
dia hadir juga bukan kerana PAKSAAN
melainkan sentiasa HADIR kerana PENGORBANAN dan KESETIAAN....

~~JiwakuRita~~8.57am..24022012

KELU TUK BERKATA

KELU TUK BERKATA..

Seringkali ku resah bertemu dengan mu
Mungkin ada tersirat rindu dan cinta
Kita sama tak pernah melafazkannya
Kerna kau malu mungkin ku tak terima
Sebenarnya ku merindu
Bergelora dalam jiwa
Hanyalah tuhan yang tahu
Aku rindu padamu
Izinkan aku selami hatimu
Biar ku tahu apa yang kau pendamkan
Moga bersatu cinta kita
Tanpa curiga mengiring kasih
Biar hatiku dan hatimu
Jujur dan setia selamanya
Inginku miliki mu sepenuh hatiku
Seluruh jiwaku kau ingin ku sayangi
Tiada kata yang dapat aku ungkapkan
Hanyalah luahan hati sanubariku....

~~JiwakuRita~~

25/02/2012~~11.35am

SALAM KASIH DUHAI SANG HATI

~SALAM KASIH DUHAI SANG HATI~

Bolehkah kumasuk ke pintu hati yg kau miliki..
Untuk ku rebah menghilangkan lelahnya hati..
Dapatkah kujamah sekeping hati yg kau punyai..
Untuk ku rasa secuil cinta kasih yg suci..

Jangan biarkan aku meraba dlm gelap yg sepi..
Tanpa cahaya,tanpa pelita yg menerangi..
Jangan biarkan aku ternanti-nanti..
Dalam cinta yg tak pasti akan kumiliki..

Izinkan kuketuk pintu hatimu dgn salam hati..
Dan membawa hadiah cinta yg aku miliki..
Terimalah ayat-ayat cinta yg sederhana ini..
Kuharap kau baca dan renungi direlung hati..

Assallammuallaikum duhai sang hati..
Salam sejahtera buat tuannya diri..
Bolehkan saya menetap disini..
Untuk saya dapat mengenal yg empunya diri..
Selamat malam,salam kasih duhai sang hati..

~~Jiwaku Rita~~

25/02/2012~~121.22pm

TOLONG

Tolong jangan curi hati ini jika tak tau cara menjaganya, 
 Tolong jangan curi hati ini jika tak tau cara menghargainya, ... 
Tolong jangan curi hati ini jika hanya ingin melukainya, 
 Tolong jangan curi hati ini jika ingin membuat diri ini merana, 
 janganlah jadi pencuri hati yang kejam yang menyebabkan hidup seseorang sengsara!! 

 ~~JiwakuRita~~

CINTA

Hidup ini tak selalunya indah....
Langit tak selalu cerah....
Suram malam tak berbintang....
Itulah lukisan alam...
Begitu aturan Tuhan… 
Romantik, kasih sayang dan cinta...ketiga-tiganya tidak akan lengkap tanpa ada rasa rindu...
KERINDUAN 
yang lahir dari hati seseorang kerana dirinya kini dilamun perasaan KASIH...
SAYANG dan diulit keindahan sebuah CINTA....
ROMANTIK hanya hadir
apabila bila pasangannya membuatkan dia bahagia....

♥ JiwakuRita ♥

CINTA

Cinta...
Hadirlah dalam nyata
Isi ruang hatiku yang hampa
Bersama alunan rindu dijiwa
Lama aku menantikanmu
Dalam diam aku mengagumimu
Memanggil namamu dalam hatiku

Cinta..
Maafkan ketidak berdayaanku
Aku tak kuasa ungkap rasaku padamu
Nuraniku menatap indah matamu..

Andai engkau tau isi hatiku
Andai engkau mengerti bahasa jiwaku
Maka engkau akan tau betapa aku mencintaimu
Maafkan aku yg menyimpan rasaku padamu..

♥ Jiwaku Rita ♥ ~~2/3/2012

KAU MUNGKIRI JANJI

KAU MUNGKIRI JANJI..

Betapa sakit hati ini
Atas janjimu yang kau ingkari
Tiada nyata kau tunjuki
Hanya semu, tiada pembuktian
Dan mengundang segala kegelisahan...

Letih, selalu kau bohongi
Hati ini terus kau sakiti
Apakah, engkau tiada rasakan
Kepedihan hati yang ku tahan
Yang lemaskan gejolak percintaan...

Diriku masih berharap pengertianmu
Memelas belas kasihan cinta tulusmu
Masihkah, masih adakah cintamu yang hanya untukku?
Telah musnahkah semua itu?
Mungkinkah, diri ini sudah tiada layak untukmu...?

Aku terbujur bersama setiaku
Aku bertahan bersama kerinduanku
Akankah kau sedari semua itu?
Tentang segenap rasaku yang tercipta hanya untukmu
Walau, terus kau menyakiti dan melukai hatiku...

Tataplah mataku...!
Dan rasakan apa yang ku derita
Betapa getirnya ku menahan sebak
Betapa wajah kuyu menahan gejolak sendu
Hati merintih diracuni bisa cinta yang remukkan rasa....

Hanya air mataku,
Penawar getirku.
Lukaku, adalah bahagia untukmu,
Ohhh... sampainya hatimu padaku...

Galau, itulah rasaku kini...

<3 JiwakuRita <3 ~~2/3/2012

MAAFKAN AKU SAYANG

MAAFKAN AKU SAYANG..

Kalau dapat kuselami lautan luas..
Itu pasti kulakukan biar hatimu puas..
Dan ku kumpulkan seluruh mutiara..
Akan kubina sebuah rumah bak istana..
Supaya dapat kulihat kau hidup serba ada..

Maafkan aku syg semua itu aku tak berdaya..
Aku hanya insan miskin yg tak memiliki harta berjuta..
Aku terlahir yg tak punya apa-apa..
Aku hanya punya hati yg memiliki cinta..
Maafkan kekurangan diri ini kerana aku bukan org kaya..

DISULAMI DUSTA

Disulami Dusta...

Memang...
Telah diketahui
Sudah dimengerti
Hajatku...
Niatku...
Telah pun pasti
Rindu gelora sama merasai
Namun tidak jua dihargai...

Sewajarnya...
Hatimu telah kuselami..
Kamar cintaku telah kau miliki
Bersumpah setia..
Sehidup semati..
Itulah adalah janji...

Yang hanya dibibir mesra
Manis bersulam tiada berseri
Kata-kata sakti
Menjerat ke urat nadi
Kerana kau mendustai

Katamu...
Aku adalah embun
Aku adalah hujan
Pada lewat kegersangan
Tapi kau tergamak
Pabila diriku diganti
Jiwamu mula menari -nari
Wajahmu bersembunyi
Diriku tidak dikenali
Tergamaknya kau bermain api
Ketulusanku telah dikhianati...

Cukup....
Sememangnya sampai disini
Langkahku terhenti
Aku tak mampu menoleh lagi
Tak guna berpaling
Tak akan jua menjeling
Buat apa pinta simpati
Kalau orang sudah tak sudi
Biar harapan menjauh pergi
Membawa remuk di hati....

~~Jiwakurita~~3/3/2012
~~9.05am~~

SABAR


::..SABAR, REDHA, KUAT, TENANG dan MENANGISLAH KERANA ALLAH..::

::..SABAR, REDHA, KUAT, TENANG dan MENANGISLAH KERANA ALLAH..::

SABAR,,
SABARlah Di Sebalik Kemarahan,,
SABARlah Di Sebalik Ujian,,
SABARlah dalam Menyelesaikan Masalah..

REDHA,,
REDHAlah Dengan Ketentuan-Nya,,
REDHAlah Terhadap Takdir-Nya,,
REDHAlah Di Sebalik Setiap Yang Terjadi,,
YAKINlah, Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

KUAT,,
KUAT untuk Menghadapi Ujian,,
KUAT untuk Melawan Nafsu Yang Tidak Baik,,
KUAT untuk Mempertahankan Maruah Dan Agama,,
KUAT untuk Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku..

TENANG,,
TENANG Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan,,
TENANG Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita,,
TENANG Apabila Diri DiKhianati,,
TENANG Apabila Hati Dilukai...

MENANGIS,,
MENANGISlah Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu,,
MENANGISlah Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu...

Moga KITA semua menjadi INSAN yang BerIMAN dan berTAQWA kepada ALLAH....
InsyaAllah..

KEIKHLASAN KU PINTA


KEIKHLASAN KU PINTA

‎"Aku tak perlu bersusah payah untuk menarik perhatian seseorang menyayangi dan menyintaiku. 
Bagiku, cukuplah dengan doa yang ikhlas. 
Sekiranya Allah mengabulkan doaku agar hatinya terbuka untuk menyayangiku dan merinduiku, 
maka itu adalah keredhaannya. 
Tapi jika sebaliknya, aku redha dengan apa yang telah ditakdirkan. 
Mungkin ada hikmahnya. Mungkin juga dia tidak sesuai untukku lalu aku pohon agar Allah menghadirkan insan yang lebih baik darinya."

HIDANGAN CINTA

‎~ ♥ Hidangan ♥ ~

Kaulah juwitaku
membelaiku setiap saat aku memerlu
memberiku secandu cintamu
inginku reguk menyirna dahagaku

Setiap pahit manis yang berlaku
berputar umpama jalanan waktu
di dalam kejernihan ada kehitaman
kepekatan rasa yang kualami
terkadang hadirnya
mencipta kepanasan menjadi kedinginan

Di petang hari atau di pagi yang dingin
menikam kalbu jiwa nan syahdu
senyum tersunggeng
menggamit setiap lamunan agar enggan berlalu
walau lirih tersejat di hati
tetap aku nikmati aroma pagi hari
bersama secangkir kopi pahit
kegemaranku ini.....

Nukilan dari seseorang ehem ehemm...

3/3/2012 ~~4.00pm~~
Jiwakurita~~

SERPIHAN RINDU


SERPIHAN RINDU
Serpihan sukma ku kutip kembali..
Ku jalani bersama Rindu sepanjang masa..
Ada sajak yang tertinggal..
ataukah...
Sudah berlalu..

Ku sedari kembali erti ku buatmu.
Ku renungkan kembali saat bersamamu..
Berjuta tapak telah kita lalui..
Melekat erat di relung Jiwaku..
Seakan baru sedetik berlalu..

Begitu kuat genggamanmu padaku.
Begitu erat cengkeraman hatimu padaku.
Untaian Kasih terpenggal jarak dan waktu.
Untaian Cinta berkalung Kerinduan.
Mutiara bening hiasi hari-hariku.
Aduh ku rindu saat ingin bertemu..
entah kapan waktu itu akan berlaku..

<3 Jiwakurita <3 3/3/2012 .........4.06pm

TUNANG JANJI

TUNANG JANJI

Kusedari sedari dulu,
Menyintaimu sebuah pengorbanan

merindukanmu
sebuah perjuangan

dan melupakanmu 
Itu kemustahilan.

Dari itulah aku tak lagi meragukan untuk memilihmu!

Tak akan lagi ku tanyakan tentang kesetianmu!

Kutunangi cintamu dengan janjiku

Kan tetap kusayangi dikau sampai akhir hayatku.

biarkan saja pintu hati ini tetap terbuka untukmu,
Hingga akhir waktu menutup buku..
Untuk cinta,
Untuk kasih...

dan biarkan tuhan yangkan memperhitungkan cintaku

ku telah bisa merelakan semua apa yang jadi keputusanmu,
bila memang itu bahagiamu...

Mungkin
Disaat terik dan hujan saja yang kan mengkuwatirkanmu!

adakah atap yang teduh untukmu?

berbahagialah... sayang sebelum aku bahagia!
itu pangkal dari tujuan
hidupku

biar ku sempurnakan
mimpiku bersama janji yang kutunangkan untukmu...
Kerana ku masih sayang dan cintakan mu...

♥ JiwakuRita♥~~4/3/2012

JANGAN PERNAH TINGGALKANKU

~~ ♥ JANGAN PERNAH TINGGALKAN KU ♥ ~~

Tak pernah terpikir olehku 
Tak sedikitpun ku bayangkan 
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan 
Begitu sakit ku rasakan 
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Dibawah batu nisan kini
Kau telah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi karna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja
kutelah bisa cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja
kutelah bisa sayangi kamu..... di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
di hatiku.....

BENARKAH

~~~
Benarkah kata orang…
Bahwa cinta itu datang…
Hanya dari panca indera…
Kemudian turun ke dalam hati?
Oh…betapa indahnya aliran cinta..
Mengalir bagaikan sungai yang jernih…
Membawa dedaunan yang hanyut..
Tenggelam di dalam dasar asmaranya..

Sungguhpun, cinta berawal dari mata saja..
Sebenarnya, cinta berasal dari hatimu…
Dia berkembang dan menjalar ke panca indera..
Dan bergerak bersama jiwa dan emosimu..
Melalui cinta engkau tau arti hidup..
Dan mengetahui kapan engkau bahagia..
Dan jua tau kapan engkau merasa sepi..

Cinta memang berasal dari hati..
Dan selamanya akan tersimpan dari hati..
Dengan keindahan yang terdapat di dalamnya..
Semua dunia dan isinya..
Serasa milik kita berdua yang menjalin cinta..
Cinta adalah jutaan arti yang satu padu…
Bahagialah bila engkau merasa cinta..
Karena engkau kan paham, itulah tujuan kita hidup..

Jiwakurita~~4/3/2012~~12.51am

TERSEMAT RINDUKU

‎~ ♥ Tersemat Rinduku ♥ ~

Dipagi nan dingin ini
hanya aku ditemani sinaran mentari
rindu yang kini menjelma 
hanya menjadi sebuah misteri

Mulai merasuki hati dan jiwa sanubari
tergamam dan terpaku aku dalam kesuyian
berteman bayang bayang dirimu
yang menghampiri

Hari demi hari detik masa berlalu
tanpa dikau diruang mataku
hampa juga aku terasa
seperti dipanggung wayang dituntuni ramai

Mungkin ini semua dugaanku
rindu yang dulu tidak pernah kurasai
inginku menjadikan sebuah kebahagiaan
langkah kakiku kini tidak menentu
mencari arah dan tujuan dimanakah dikau berada
ditengah sinar mentari
dibawah kepolan awan putih aku berdiri

Dan kini kuciptakan warkah tulisan rindu

MERINDUIMU


‎~~Merinduimu~~


ku ingin selalu berada disisimu...
izinkanlah daku berada di hatimu...
lupakanlah sejarah dulu...
itu pintaku agar kau mengerti isi hati ku...
aku tidak pernah melupakanmu...
walau sesaat waktu berlalu...
mengapakah sukar untukmu memaafkanku...
hanya kerana cemburu yg menghantui diriku...
tegarnya dirimu pergi meninggalkan aku...
sayang.....datanglah padaku...
ketahuilah bahawasanya aku sedang merinduimu...

♥ Jiwaku Rita ♥

BIARKANLAH

~~Biarkanlah~~

Semestinya...
Cinta itu selalunya indah
Sayang itu selalunya manis
Rindu itu selalunya berbunga
Setia itu selalunya bahagia

Seharusnya..
Cinta itu kejujuran dihati
Sayang itu kelopak janji
Rindu itu madah bestari
Setia itu impian hakiki

Mungkinkah..
Cinta itu mainan di bibir
Sayang itu lidah mengukir
Rindu itu berbunga waktu
Setia itu godaan kalbu

Jadikanlah..
Cinta itu sebuah ikatan
Sayang itu kunci pegangan
Rindu itu satu kejujuran
Setia itu sebuah pengorbanan

Biarkanlah..
Cinta itu pahit
Sayang itu menyeksa
Rindu itu hiba
Setia itu tanpa akhirnya....

♥ Jiwaku Rita ♥
5/3/2012~~805pm

LILIN

LILIN...

semaraknya lilin cinta

lindungilah ia dari terpadam
agar terus sinarnya
menyala memberi kekuatan
dan pengharapan 
tanpa kenal erti jemu
tanpa ada rasa ragu
itulah ceritera lilin kita
sentiasa memelihara
menyelungsuri kepahitan
yang adakalanya menggugat
ketenangan jiwa

indahnya sinar sang lilin dalam
dunia hati yang dalam kegelapan
saling mengukir iringan hati yang mengandaikan
betapa kita saling tahu
walau ia pedih dan perih
namun bertunaskan keikhlasan
pasti lilin itu terus menyemarakkan
menyingkap tabir rasa rindu...

JIWAKURITA...

KAMU

~~ ♥ Kamu ♥ ~~

Di setiap detak jantungku..
yang bernadi itu..adalah kamu..
di setiap mengalir darahku..
nyawanya adalah cintamu.

Hidupku sepi tanpamu..
Jiwa kusesak tanpa kasihmu..

Dan semua tak mampu menggoyahkan pendirianku
Tidak merubah sedikit pun pandanganku tentang dirimu..
karena ku tetap terpaku dalam diam menantimu
Berdiri menanti sapamu diruang jendelaku
walau mungkin suram rasa yang kau hadirkan.

Sayang,
Bicara bayu beralun membawa pesananmu..
Akan ku pelihara cintaku..
Ku abadikan di setiap helai nafasku ♥

♥ JiwakuRita ♥ — 6/3/2012
~~11.45am

FOREVER MY LOVE

“ Forever My love “

Bersama indahnya pagi telah ku rangkai kata....
Dalam indahnya bait – bait puisi...
Terukir nama mu dalam palung jiwa ku...
Kan ku simpan di keabadian cinta ...
Agar tak seorang pun dapat menghapus nya....

Diri mu satu yang ku cinta ....
Kasih ku hanya engkau seorang ...
Dan tak mungkin bagi ku melepasmu ....

.:: Berteduh ku dalam senyuman mu ....
Bersandar ku dalam kasih mu .....
Terlelap ku dalam peluk mu ...
Itulah pedoman cinta kita ...

Forever my love ....
Itulah lambang cinta kita ...

Forever my love
Itu lah janji cinta kita....

Forever my love ....
Selalu bersama apapun yang terjadi ...

♥ JiwakuRita ♥
12.11pm~~~6/3/2012

AKU DENGAN DIAMKU

~AKU DENGAN DIAMKU~

Disini,diwaktu ini kubayangkan dirimu kasih..

Hatiku runsing gundah gulana..
Dimanakah tempat hendak kumengadu..
Rindu mengalir deras hati teringat kamu..

Mulut tak henti menyebut namamu..
Rindu meronta-ronta hanya puisi menjadi penawar rindu..
Aku hanya bisa bermain kata dalam puisiku..
Siang dan malam,pagi dan petang kurindu kasih sayangmu..
Dalam hati aku masih merindui dan menyayangimu..

Kugantung harapan membelai kasih menggapai bahagia bersamamu..
Kurakam kata rindu dan kusimpan dilemari hatiku..
Tak pernah kujenuh menunggu..
Tak pernah ku jemu merindu..
Walau itu hanya bersuara di dalam sekeping hatiku..

Akan kucuba meraih hatimu walau payah yang aku pikul dihatiku..
Walau berat beban cinta yang aku derita demi kamu..
Walau tanpa bicara namun cintaku akan kekal dihati keramatku..
Aku dengan diamku memiliki rahsia kalimah MENCINTAIMU..

♥ Jiwaku Rita ♥ ~~ 2.57pm
~~9/2/2012~~

DISIPLIN DIRI

1. Disiplinkan Diri Untuk Lupakan Kenangan Pahit
- Mengaku saja yang anda sering berasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Anda perlu kikiskan fikiran itu dan jangan terbawa-bawa dengan emosi yang lalu. Mulai sekarang, tekad untuk melupakan semua itu. Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan anda, cita-cita anda, keluarga, kerjaya, kewangan, dan rakan-rakan. Anda tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetap lakukan satu persatu dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.
2. Jangan Asyik Risau
– Ada 2 kesan dari sikap risau ini. Pertama ia menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa anda pinta. Kedua, ia memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Rajin Bersyukur
– Ucap syukur atas kesemua yang anda ada. Bersyukur kerana anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur. Anda ada kawan rapat yang memahami anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur itu meresap jauh ke dalam diri anda. Lakukan sebanyak mungkin setiap hari.

4. Mesti Memaafkan Orang
– Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa, gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tidak puas hati, dendam, dan busuk hati). Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Mungkin anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri anda, yang membuat anda sedih, kecewa dan geram.

5. Ketawa
- Ketawa bukan dibuat-buat, tetapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda dan menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran
– Anda tidak boleh merubah situasi yang boleh membuat anda kecewa, sedih dan murung. Tetapi, anda boleh merubah fikiran anda dan apa yang anda fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari di sebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh “tarik” semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, anda dapat yang buruk. Ini hukum alam dan dinamakan Hukum Sebab dan Akibat.

7. Hati Mesti Keras
- Bukan keras sembarangan. Maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah s.w.t. menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tetapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba imbas kembali kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain. Mungkin ada walaupun kita tidak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks dan jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri, ini adalah hari yang baru untuk anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru itu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

MENGHAPUS RINDU

‎~MENGHAPUS RINDU~

Bagaimana caranya kuhapus rindu ini..
Biar dadaku tidak terasa terseksa..
Bagaimana harus kupendam rindu ini..
Jika semakin lama jiwa kian meronta ..

Kalau saja kutahu dimana cara penghapus rindu..

Pasti akan kucari sampai bertemu..

Tetapi semestinya bukan bertemu dengan mu..

Yang ku mahu menghapus rinduku padamu..

Aku bencikan rindu ini..

Aku tidak mahu dia menyinggahi hati..

Seperti kuingin menghapus dirimu dlm diri..

Begitu juga aku ingin menghilangkan rindu yg tak

kuundang ini..

25/02/2012~JiwakuRita~2.48pm

SENJA MENGUNDANG RINDU


~SENJA MENGUNDANG RINDU~

Kalaulah pesanku 
~disampaikan sang bayu..
Pasti terketuk hatimu 
~oleh hadirnya bisikan syahdu..
Andaikan malam tak membenciku..
Pasti kian bertambah 
~alunan merdu kata rindu disukmamu..

Tapi sayangnya malam
~begitu mencemburui aku..
Hinggakan cepatnya ia menjemput
~senjaku berlalu dariku..
Seakan sang malam
~tak merestui kebahagian kau Dan aku..

Pada kata yg tak sempat
~ku jadikan Lagu untukmu..
Kini hilang dibawa senja yg hampir berlalu..
Pada rindu yg belum sempat untuk bertemu..
Kini rinduku hanya ditiup bayu..
Hingga sampai kehatimu..

~~~jiwakurita~~~