Friday 29 June 2012

Cintai ALLAH..

Cintailah Allah yang Maha Agung. 
Ia adalah cinta yang hakiki, sejati dan kekal abadi
yang akan membawa kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.

Monday 18 June 2012

BERLAJAR MENGHARGAI


NEVER


cinta


Info tanda -Awal kanser


(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan..
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau / serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
Makanan
 Alkohol
Sinaran cahaya matahari
Pengambilan ubat
Perokok yang tidak aktif
Tembakau
Radiasi
 Pekerjaan
Pencemaran air dan udara
Keturunan
TEH DAN KANSER : Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
Jika terasa  ada tanda – tanda ini perlulah segera rujuk kepada doktor pakar untuk mendapatkan kepastian.

Saturday 9 June 2012

Senyum...


Sayangku~


~~Doaku~~


 ~ Doaku ~

Harianku berdoa
kepada-Mu Yaa Allah
memohon permintaanku
hanya kaulah yang mengerti

Harianku berdoa
melembutkan hati jiwanya
merasakan cintaku ini
merasakan rindu dalam menyepi

tidakkah kau tahu setiap warkahku
tidakkah kau mengerti tulisanku
berbait tidak seindah pujangga
meminta cinta untuk bersemi

Masihkah ada cinta di dalam hatimu
masihkah ada rindu tersemat naluri
adakah kau berdoa sepertiku
atau kau biarkan ia berlalu sudah

Kepada-Mu Yaa Allah
pintaanku bukan permainan kata
harian dzikir namaMu
mencari ketenangan gelora hati jiwaku...

~~Jiwaku Rita~~04062012
 

Kekasih Hatiku~~

~KEKASIH HATIKU~Punggok Merindu...

DIA KEKASIH HATIKU
KEKASIH YANG AMAT MENGERTI PERASAANKU
WALAUPUN TANPA KATA KATA
CUKUP HANYA SEKADAR RENUNGANNYA
AKU MENGERTI
DIA JUGA MERASAKAN
AKU YANG DALAM KEGUNDAHAN
DIA KEKASIH HATIKU
TIKA JIWAKU KERESAHAN
KAU KU KUCUP
KAU KU DEKAP
DEGUPAN JANTUNGNYA
TERASA PUJUKANNYA

DIA KEKASIH HATIKU
SENTIASA MENGHILANGKAN RESAHKU
SENTIASA MELERAI KUSUTKU

DIA KEKASIH HATIKU...

♥ Jiwaku Rita 

Cinta~~

~~Cinta~~

Cinta adalah anugerah yg terindah , yang pernah diterima manusia,dan akan selalu hidup dalam setiap hati manusia. Cinta bukanlah benda yang diberikan begitu saja dan lalu bisa kita buang bila kita tidak menyukainya.

Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, juga tak kalah menyakitkan ketika orang yang dulu mencintaimu berubah memalingkan diri darimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakan.
Kerana Mencintai Bukanlah bagaimana kamu melupakan..
Melainkan bagaimana kamu memaafkan.Bukanlah bagaimana kamu mendengarkan. Melainkan bagaimana kamu mengerti..
Bukanlah apa yang kamu lihat. Melainkan apa yang kamu rasakan. Bukanlah bagaimana kamu melepaskan melainkan bagaimana kamu bertahan.
Namun Cinta juga bukanlah bagaimana mempertahankan seseorang yang kau cintai, sementara ia sedar memiliki alasan yang salah mencintaimu, maka lepaskan dan berlalulah darinya agar dia memiliki kesempatan untuk mendapatkan cinta dengan alasan yang lebih baik.
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang. Bukan kerana kita ingin berhenti mencintainya. Melainkan kerana kita menyedari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.Namun apabila kau benar-benar mencintai seseorang, jangan percaya bahwa melepaskan beerti kau benar-benar mencintai melainkan berjuanglah demi cintamu!.
Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang . Tapi ketika cinta itu T U L U S, meskipun kalah, kamu tetap menang, hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang Lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.
Lihatlah bagaimana Tuhan mengajarkan….
Rasakan bagaimana Tuhan mencintai ……
Semua tak kan dapat dimengerti tanpa kau mencari tahu dan merasakan bagaimana jiwamu bersuara………

Jiwaku Rita 05062012

Bagaimana Memaafkan dan Melupakan?

Bagaimana Memaafkan dan Melupakan?

1. Memaafkan dengan Ikhlas
Kebanyakan individu memaafkan musuh mereka kerana tidak mahu menyimpan dendam dan membiarkan dendam memusnahkan diri mereka. Namun, dalam masa yang sama hati mereka tidak ikhlas untuk memaafkan. Akibatnya, mereka masih sering mengingati peristiwa lalu dan sukar melupakan segala kejadian yang berlaku. Justeru, apabila anda mengambil keputusan untuk saling bermaaf-maafan berusaha untuk melakukannya dengan seikhlas mungkin.

2. Maaf bukan Mainan
Perkataan maaf itu cukup mahal harganya, Ia bukan suatu kata yang boleh dilafazkan dengan sesuka hati atau sekadar menyedapkan hati orang yang mendengarnya. Sekali mengucapkan kata maaf maknanya anda telah bersedia untk melupakan segala kepahitan yang berlaku serta membuka lembaran baru dalam kehidupan. Dengan cara itu, hati akan menjadi lebih tenang dan bersedia untk benar-benar memaafkan dan melupakan apa yang terjadi.

Jiwaku Rita 05062012

BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG HINGGA HUJUNG USIA..

BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG HINGGA HUJUNG USIA..


1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal kerana perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya.

Jiwaku Rita 05062012

Hanya Engkau yang mampu. ~~

Hanya Engkau yang mampu.

Kita harus terima apa yang terjadi dalam hidup kita. bukan pasrah tapi redha. bak kata Lisa Surihani dalam ombak rindu, 'pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas.' aiseh ! masuk part jiwang pulak.

Segala apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya dah ditentukan oleh Allah s.w.t. :') Kita sedia maklum kan, kita dilarang menolak takdir. dalam rukun iman pun ada mengatakan, percaya pada qada' & qadar. kerana Allah itu maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

kita harus bersabar dengan segala dugaan dan cabaran yang menimpa. dan ingat lah bahawa, Allah turunkan dugaan bukan suka suka. Tapi sebab Dia sayangkan kita, Dia nak tengok sejauh mana kita.. kita bergantung pada Dia yang lebih Esa. Dia takkan uji di luar kemampuan kita.

Allah nak uji kita, bila asyik kat atas je, kita lupa Dia. bila kita dah di bawah baru kita ingat dan lebih dekat dengan Dia. kalau itu jalan yang Allah dah tunjukkan, kita ikut je. jatuh bangun rencah kehidupan. tapi harus la ingat, Allah tak akan merubah nasib sesuatu kaum jika dia tidak berusaha untuk mengubah.

Jangan terlalu ambil kira apa yang orang lain nak perkotak katik kan hidup kita. mulut mulut mereka yang memang tak boleh nak tutup. mereka mungkin tahu cerita tapi mereka tak pernah berada di tempat kita. tidak ada siapa pun yang cukup bagus untuk menilai kita, sedangkan tidak ada siapa pun yang tahu ketentuan kita selain Dia.

Sesungguhnya, apa yang berlaku ada hikmah-Nya. Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Yes, kadang kadang kita tak boleh berharap dengan orang, kena bergantung dengan Allah. Dia yang ada dengan kita, Always :') so, percaya dengan Dia, doa banyak banyak. (yer sahabat)

05062012...Jiwaku Rita~~

~~Kehadiranmu Teman~~


KEHADIRANMU TEMAN

Kehadiranmu..
makhluk yang bernama insan..
teman seperjalanan..
bersama-sama mengorak langkah..
mencari redhaan..

Kehadiranmu..
bersama pengertian baru dalam hidup..
kedamaian dan kebahagiaan..
bersama-sama mengharungi rintangan..
mengharap keampunan..

Teman..
nama aku juga insan..
tidak jauh dari kesilapan..
tebarkanlah kemaafaan..
pimpin daku dengan kelembutan..

Teman..
kita sama kekurangan..
tidak jauh dari kelemahan..
jadilah kita tiang sokongan...
supaya kau dan aku ... bersatu dalam keredhaan...


Jiwaku Rita~~10062012

~~i miss u so much...~~

~~i miss u so much...~~

it's surprising how often
i think of you
waiting to tell you something
but then i realize
you're not around to talk to
i guess you're so deep in my mind
that makes me forget
you're so far away

although the days are long and slow
i still feel the glow of you
i want to send you this note
to let you know
i'm thinking of you and
my heart is with you
all the while
and i miss you...

Jiwaku Rita~~08062012

Saat itu~~

Saat itu~~

Masih adakah sisa waktu
untuk kita bercerita
sambil duduk di bangku kayu
dan menunggu rinai berhenti
seketika kita terdiam
oleh nyanyian ombak
dan siulan angin
kita melepas resah
di bahu hari yang mula hangat
sambil sesekali
saling mengusap pipi yang semakin basah

Akupun rindu
pada camar yang terbang
membawa mimpi
dari benua ke benua
lalu singgah di muara cinta
ketika kita mula berangkat
ada janji yang kita tinggalkan
di bangku kayu itu

Aku rindu
Rindu pada gemersik suaramu
Rindu untuk kembali bercerita seperti dahulu.

Jiwaku Rita 08062012

Rindu~~


~~ Syair & Do'aku untukmu ~~

~~ Syair & Do'aku untukmu ~~

Di dalam hatiku..
Senyum indah memekar untukmu..
Indah mewarnai tiap detik waktuku..
Sampai waktu pun tersenyum padaku..

Ketika hati ini bersenandung untukmu..
Indahnya hatiku membayangkanmu..
Ada di setiap senyummu..
Yang ku cipta di sisa waktu..

Indah yang ada di hadapku..
Kan ku bawa kasihmu..
Cinta ketulusanmu..
Sentuhan lembut di hidupku..

Ku rangkai indah puisiku..
Dalam sebuah syair kalbu..
Ialah Do'a penuh cinta..
Pesan rinduku di jiwa..

Yang tak kan terhapus dlm memoriku..
Di dlm hati, aku yakin lantunan jiwaku..
Kan terus temani dirimu..
Di dalam hati indahmu..

Aku yakinkan senyummu..
Nyata di setiap lantunan Do'a untukmu....

Jiwaku Rita~~09062012

Rahsia Hati ~~

‎~~Rahsia Hati~~

ku halau sepi
dari lingkaran malam
tapi sunyi pula
yang datang

Ku halau hayalan
dari bulatan kenangan
tapi rindu pula
yang datang

jadilah sunyi milik
usia puisi ku
dan jadilah rindu milik
kembara hayat ku

Lalu ku bawa ia
menyeberangi laut mimpiku
mengenai rahsia ombak
dan gelombang hati ku...

Jiwaku Rita~~09062012