Tuesday 5 August 2014

SAAT AKU MERINDUIMU..

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika kita selalu bersua
Ketika kita kerap berjumpa
Saling berkongsi duka dan tawa.

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika kita bermain bersama
Bertepuk tampar bertukar bahagia
Setiap cubitan menghangatkan jiwa
Rindu terubat tersenyum gembira.

Aku terlalu merindui saat itu
Ketika aku dihimpit duka
Ketika aku diuji Dia
Ketika terasa air mataku jatuh jua.

Aku terlalu merindui saat itu
Menunggu setiap panggilan dan smsmu
Segala kenangan ku simpan dihatiku
Kenangan menjadi tatapan
Tika keseorangan dihiris kerinduan....

Jiwaku Rita....

x

Wednesday 14 May 2014

MENANTI ..

Aku memerlukan mu dalam setiap nafasku...
Aku memerlukan mu dalam setiap langkahku...
Aku memerlukan mu dalam setiap tawaku...
Aku memerlukan mu dalam setiap saatku...
Aku memerlukan mu dalam segala keadaan..
itulah aku..masih disini menanti hadirnya dirimu..

Friday 9 May 2014

MENGERTILAH SAYANG

Mengertilah sayang..

Dalam hati kecil ku
Terpahat kukuh namamu
Ku harap kau tahu
Aku cinta kepadamu...

Jangan kau pula jadikan 
Gerimis mengundang berpanjangan
Tanpa kesudahan 
Ku bimbang satu hari akan ku ditinggalkan...

Kau pun tahu aku cinta kepadamu
Moga kau kekalkan cinta suci
Yang lahir dari hati
Bukan rekaan manisan disebalik ucapan yg ku harapkan
Cuma biarlah berkekalan 
Itulah yg ku inginkan ...

Kuncilah pintu hatimu
Dengan kuat jangan kau lepaskan...
Setialah sayang...

Jiwaku Rita...Luahan Hati...   JR   21/sept/2013 .. — 
feeling loved at Dalam Hati Yang Sangat Merindukannya.

Friday 18 April 2014

AKU..

Aku...

Aku ingin sekali menjadi setegar karang di tepi pantai
Masih mampu teguh berdiri
Walaupun sentiasa di landa badai
Aku tak mahu menjadi sekumtum bunga
Di puja ketika mekar mewangi
Terbiar sepi..bila layu terbuang..

Seteguh mana pun aku..
Masih juga rapuh jika sentiasa di sakiti kerana..

Aku hanyalah seorang wanita biasa....

Wednesday 9 April 2014

DI SINI KITA BERTEMU..

DI SINI

Di sini
tercipta laman sejarah
terbina ukhwah di antara kita
walaupun dimana kita berada
sama ada jauh atau dekat
di sini tiada beza
kita semua sebumbung

Di sini
terjalin ikatan
kasih
sayang
rindu dan
cinta
ia menyatukan hati yang terjalin
memahami sifat sikap dan makrifat

Di sini
juga terluah
coretan
luahan
belahan jiwa
jiwa yang inginkan ketenangan
segala
rintihan
suka
duka
kecewa
gembira
merana
derita
tangis
hampa
semua kita coretkan dimuka

Di sini
segala harapan
janji nan setia
ikrar yang terbina
semoga ukhwah persahabatan
diantara
kita
kekal buat selamanya
segalanya atas nama..   ♡♡
JR 9April2014/7.35pagi..