Thursday, 12 April 2012

DOA SEORANG ISTERI

DOA SEORANG ISTERI..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah..Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu ..
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya...
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tangan ku dititian Mu..

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya ..
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu ..
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
Sekiranya………..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu?

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya..Tetapi Ya Allah…………
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang..

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu..
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya...
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan...
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku...
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku..
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai...
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu...
Sekiranya aku engkar dan derhaka 
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu..Ya Allah sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..Ya Allah...Kuatkan hati dan semangatku...
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu...
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami...
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu...
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha...
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan...
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu...Kerana aku sedar hinanya aku...
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru...
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu...
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu...
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu...
Ya Allah Ya Tuhanku...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati...
Isteri yang dikasihi...Isteri yang soleha...Isteri yang sentiasa dihati...
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

-Untuk yang bergelar dan bakal bergelar isteri...

Semoga menjadi isteri solehah..
Penyejuk hati sang suami...

Dipanjatkan doa pada Illahi..
Agar kita dapat merasai nikmat menjadi seorang isteri yang dicintai lagi dikasihi suami...insyaAllah...-:)

JiwakuRita...6.50pagi..
13/04/2012... 

No comments:

Post a Comment