Friday, 27 April 2012

KAMU

Kamu~~

Wahai sayang ku…!
Ketika pertama kali kita berpandangan
Bertemu dan berbicara
Terasa ada sesuatu disudut hati ku ini
Ada angin mesra yang bertiup dengan begitu lembut sekali
Begitu samar-samar
Cuba membisikkan sesuatu di hatiku
Tentang sebuah kemesraan
Tentang sebuah kehidupan
Sebuah kisah cinta
Dan sebuah harapan
Diantara kita berdua.

Dan kemudian….
Aku juga tidak pernah menyangka
Bahawa itu semuanya
Adalah satu lakonan sandiwara penghiris hati
Dan sebuah ilusi mimpi
Tentang satu pertemuan
Dan sebuah perpisahan
Yang cukup menyakitkan hati
Yang telah menjadi beban jiwaku ini
Sehingga kehari ini!

JiwakuRita~~19042012

No comments:

Post a Comment