Saturday, 9 June 2012

Bagaimana Memaafkan dan Melupakan?

Bagaimana Memaafkan dan Melupakan?

1. Memaafkan dengan Ikhlas
Kebanyakan individu memaafkan musuh mereka kerana tidak mahu menyimpan dendam dan membiarkan dendam memusnahkan diri mereka. Namun, dalam masa yang sama hati mereka tidak ikhlas untuk memaafkan. Akibatnya, mereka masih sering mengingati peristiwa lalu dan sukar melupakan segala kejadian yang berlaku. Justeru, apabila anda mengambil keputusan untuk saling bermaaf-maafan berusaha untuk melakukannya dengan seikhlas mungkin.

2. Maaf bukan Mainan
Perkataan maaf itu cukup mahal harganya, Ia bukan suatu kata yang boleh dilafazkan dengan sesuka hati atau sekadar menyedapkan hati orang yang mendengarnya. Sekali mengucapkan kata maaf maknanya anda telah bersedia untk melupakan segala kepahitan yang berlaku serta membuka lembaran baru dalam kehidupan. Dengan cara itu, hati akan menjadi lebih tenang dan bersedia untk benar-benar memaafkan dan melupakan apa yang terjadi.

Jiwaku Rita 05062012

No comments:

Post a Comment