Friday, 14 December 2012

Awak...Warkah Untuk Awak..

Warkah Untuk Awak...

Awak ,
Maafkan saya sebab dah kurang beri perhatian pada awak
Saya hanya memerhati awak dari jauh 

Maafkan saya kerana dah jarang ambil tahu pasal awak
Mungkin hati ini sudah beku
Mungkin jua hati ini semakin jauh ..

Awak ,
Bagi saya mengenali awak adalah memori terindah untuk saya
Allah telah temukan kita
Semakin saya menidakkan kehadiran awak
Semakin awak hadir dalam hidup saya ..

Awak ,
Biarlah saya begini
Allah lebih tahu
Apa sahaja yang akan terjadi
Hanya Allah yg tahu perasaan saya
Saya tahu saya tidak bererti langsung pada awak
Saya doakan awak akan bahagia dan terus bahagia
Walaupun tanpa diri saya ...

Awak ,
Maafkan saya sekali lagi
Maafkan saya kerana jauhkan diri dari awak
Semoga saya dan awak menemui cinta sejati...

Cinta yg menuju ke jalan Allah ,
Cinta kekal Abadi ,
Cinta pada Yg Maha Esa....

Dari Saya...Jiwaku Rita....
14dis2012~10.00pm

No comments:

Post a Comment